Oct 12, 2007

Tun Mahathir thanked all well-wishers who had prayed for his swift recovery


Tun Mahathir's message which was posted in his daughter Marina's blog today, he thanked all well-wishers who had prayed for his swift recovery.

Saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada yang beragama Islam.

Saya minta maaf kerana pada tahun ini saya tidak dapat merayakan Aidilfitri bersama-sama dengan mengadakan rumah terbuka seperti biasa. Saya juga ingin meminta maaf kerana tidak dapat menerima pelawat sepanjang berada di Institut Jantung Negara atas nasihat doktor.

Bagaimanapun saya dan isteri saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terimakasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya agar cepat pulih.

Kami berdua juga ingin menyampaikan penghargaan kepada semua yang telah menghantar ucapan selamat, yang telah mengadakan solat hajat serta majlis doa selamat untuk kesihatan saya.

Alhamdulillah keadaan kesihatan saya bertambah baik berkat doa yang dipohon serta usaha yang dilakukan semua doktor pakar yang terlibat serta staf-staf perubatan IJN.

Di sini saya dan isteri saya juga merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan kami kepada kesemua mereka yang telah berkorban masa dan tenaga sepanjang bulan Ramadhan untuk berusaha memulihkan kesihatan saya.

Tidak mungkin kami dapat membalas segala usaha ini. Namun saya dan isteri sentiasa berdoa agar semua yang dilakukan dibalas dengan keberkatan dan dirahmati Allah s.w.t.

Sekali lagi saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Dr Mahathir bin Mohamad
Dr Siti Hasmah Mohd Ali
1 Syawal 1428 Hijrah


Malaysiakini : Dr M to celebrate Hari Raya in IJN

tags :

1 comment:

Anonymous said...

SALAM SYAWAL UNTUK PAHLAWAN NEGARA,
ALHAMDULILLAH TUN telah sembuh, saya lihat di tv. semoga ALLAH memanjangkan usia TUN dan semoga tiada satupun manusia di Malaysia ini akan melupakan jasa beliau dan dari sekolah mana mereka belajar sehingga mereka menjadi pemimpin muda di hari ini.
salam sayang dari sabah.